Tuesday, April 1, 2014

Cerita Dari Syurga

Ingin berkongsi kandungan buku Cerita Dari Syurga 
oleh Zamri Mohamad, Yusry Yusopp, Haeqal Zulqarnain 
Mahukah dirimu kekal diingati?
Di bumi dia dikasihi, di langit dia dirai.
Itulah dirimu. Diingati seribu tahun lagi. 
Bisikkanlah kata-kata syurga di bibirmu.

Tiket Bahagia selalu berganda. Ada tersimpan wajah isteri
di fikiran suami. Terakam bicara ayah dalam hidup si anak.
Terdengar bicara ibu dalam diri si dia yang mengasihi.
Kita mahu diingati untuk selama-lamanya dalam ingatan
orang yang tersayang.

Dedikasi 
Sekiranya dirimu sedang membelek
buku ini dan membaca satu per
satu perkataan ini, inginku katakan
kepadamu:

" Buku ini didedikasikan kepada dirimu, 
Tuhan takdirkan kita bertemu. "

Dapatkah Dirimu Memberitahu?

Mengapa jadi begitu?
Hilang ketawa kami ketika itu.
Satu demi sati pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbit. Tidak lama kemudian, penghantar pesanan menghubungi, " Benarkah begitu? Benarkah cerita yang saya terima ini? "

     Dia mahukan kepastian. Dia mahukan cerita mengenai rakan yang kami temui.

     Dua minggu lalu, kami duduk bersama di pejabat merencanakan sesuatu. Seminggu kemudiaan kami duduk sekali lagi mengesahkan apa yang dipersetujui. Tidak lama selepas itu, apa yang dijanjikan mahu dibuat bersama terputus dengan sendirinya.

     Pesanan ringkas pada telefon kami tatap, " Benarkah beliau sudah tiada lagi? "

Cerita benarnya, kami mahu mengusahakan sesuatu
Cerita benarnya, beliau tidak mampu meneruskan lagi.
Cerita benarnya, kami sudah kehilangan mentor, sahabat, dan rakan seperjuangan bersama.

Pada usia 30-an, beliau meninggal dunia.

     Sudah pasti ini bukan permulaan buku yang baik dengan menceritakan kematian. Boleh jadi saudara yang sedang tersenyum sudah diganti garis lurus pada bibir.

     Mengapa buku ini berada di tangan saya? Mengapa Tuhan takdirkan saya bertemu dengan buku ini dan sedang membaca perkataan ini?

     Rakan kami pergi dengan satu soalan yang perlu kami berikan jawapan kepada diri, " Bagaimana kami mahu diingati sebagaimana kami mengingati beliau sehingga hari ini? "

Adakah saya mempunyai jawapan itu?
Bagaimana saya mahu diingati oleh orang yang dikasihi?
Bukankah itu yang saya mahu?

     Adakah sebarang ikhtiar, supaya orang mengenali dan mengingati kita walaupun selepas kematian kita?
Adakah sesiapa yang akan menulis lagi Cerita dari Syurga dan bercerita tentang diri kita?

Zamri Mohamad
Haeqal Zulkarnain
Yusry Yusopp


No comments:

Post a Comment