Sunday, March 2, 2014

Perkongsian Ilmu

*PU Rahmat ditukar kepada Ustaz Khairul Amri

Bismillahirrahmanirrahim.. Jah nak kongsikan sedikit point yang Jah dapat daripada Forum nie...
Jah banyak guna point form... harap dapat faham, kalau ada yang salah n silap, harap tegur ea...

Forum Adakah Aku Masih Umatmu...
  • Persoalan nie, kita tujukan kepada diri kita sendiri.. bukan soalan yg kita tanya pada Nabi...
  • Kalau kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, bukan sekadar mengaku pada bibir, sebab apa? Bibir kita selalu berbohong..
  • Kita mestilah buktikan dengan TINDAKAN.
  • Mengikut segala panduan yang telah diteraskan dalam Al-Quran dan Hadis.
  • Mengikut segala syariat Nabi, tak boleh pilih-pilih.. mana kita suka, kita ambil, mana yang kita tak suka, tolak tepi.. contohnya, Kahwin empat.. suka, ikut.. tapi bila suruh tutup aurat, tak suka.. sebab panas dan macam-macam lagi alasan yang direka semata-mata ingin selesa dunia, ditolak... Nabi tak ajar semua nie.
  • Ramai set mind kita, " Tunggu tua, baru nak tutup aurat.. Tunggu tua, baru nak beribadat banyak-banyak... " AJAL TAK MENUNGGU HARI TUAMU  cuba bayangkan, kita mati dalam sedang melakukan maksiat, Allahu.. :'(
  • Ibadah mestilah dipaksa untuk jadi darah daging kita. Sebab itu, Islam mengajar kita menyuruh anak-anak solat sejak dari kecil. Tiada istilah " kena ikhlas, baru buat " . Waktu kita kecil dahulu, adakah kita ikhlas solat, apabila mak dan ayah kita suruh solat? tak kan.. kita just, ikut.. tak buat nanti kena rotan, kena marah... macam tu lah konsepnya, Ikhlas itu akan datang apabila rutin ibadah yang kita buat dari kecil, walau dalam keadaan terpaksa sekalipun tu sudah istiqomah dalam diri. InsyaAllah. Tak sampai seru lagi? seruan tutup aurat telah lengkap diturunkan sejak 1400 tahun lepas
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"[TMQ an-Nur (24):31]


  • Kita selalu tangguh-tangguh solat.. pada zaman dahulu, apabila tibanya waktu perang, seorang pemuda apabila ditanya sahabatnya " mengapa kamu tidak menghabiskan makan kurma itu dahulu? " pemuda itu menjawab, "aku takut lambat masuk syurga (pergi berperang, untuk mendapatkan jihad) " Allah... kita macam mana? 
Melakukan Sunnah-sunnah Nabi

  1. Mulakan setiap perbuatan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan diakhiri dengan Alhamdulillah.
  2. Mulakan setiap pekerjaan dengan anggota sebelah kanan.
  3. Makan makanan yang paling hampir dengan kita walaupun ada sambal belacan yang paling dekat :)
  4. Makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang.
  5. Kalau dapat mimpi yang baik, bangun pagi, ucapkan Alhamdulillah, kemudian ceritakan kat orang, insyaAllah akan jadi realiti.
  6. Kalau dapat mimpi yang buruk, bangun pagi, ludah sebanyak 3x ke sebelah kiri kita (ludah tu, bukan buang air liur betul2.. sekadar isyarat seperti meludah) , jangan cerita dekat orang. Contohnya kita mimpi kena makan dengan cicak besar, tak ke ngeri mimpi tu -_- 
  7. Mengamalkan kebersihan. Terutama ketika solat. Pakaian mesti bersih, bukan pakai seluar jeans yang sudah berbau hapak, sebulan x basuh. Telekung bersih, bukan yang banyak tahi lalat.
  8. Sentiasa memberi salam terlebih dahulu.
  9. sentiasa tersenyum.
  10. Bercakap yang baik-baik lebih baik daripada diam, diam lebih baik daripada bercakap tidak baik.
  11. Pergi ke jemputan-jemputan kenduri, walaupun kamu sedang berpuasa. 
  12. Menziarahi orang sakit.
  13. Mengiringi orang mati.
  14. DAN BANYAK LAGI :) cari ea..

    Sunnah Nabi dalam Rumah Tangga:

    1. Nabi masuk rumah, dimulakan kaki kanan, dan terus mencari Aisyah RA dan menolongnya membuat kerja rumah.
    2. Nabi selalu tidur beralaskan peha Aisyah RA.
    3. Nabi akan minum gelas yang digunakan Aishah RA, dan minum di tempat yang sama Aisyah minum.

    Apakah Kelebihan kepada Umat Nabi Muhammad pada Akhir Zaman? (kita lah umat akhir zaman)


    1. Menuntut ilmu itu dikira sebagai Jihad
    2. Diberi umur yang pendek. Berbanding umat terdahulu, umur mereka boleh menjangkau beratus tahun.
    3. Membuat amalan yang sedikit, tetapi digandakan pahalanya di sisi Allah.
    4. Kita berada di dalam agama yang SEMPURNA. Maksudnya, segala panduan hidup, sudah lengkap diceritakan di dalam al-Quran dan Hadis. 
    5. Kita umat yang dipermudahkan solatnya. Orang Islam boleh solat dimana-mana... contoh, di dalam hutan, di dalam bangunan, di luar bangunan, di tepi jalan, di atas rumput, di atas batu.. Agama lain mereka beribat hanya di dalam tempat-tempat suci mereka, seperti tokong, kuil, gereja dan sebagainya.
    DOSA, PAHALA ditentukan dengan TINDAKAN.
    Bukan sekadar mengaku Islam, tetapi tidak hidup
    seperti seorang Islam.


    Tuan moderator yang bagus. 

    Ustaz Fauzi dan Ustaz Khairul Amri

    *sampai di sini sahaja, semoga dapat ilmu yang bermanfaat. Banyak-banyakkan muhasabah diri. Peringatan buat diri Jah juga. Salah silap harap ditegur :) terima kasih. Assalamualaikum dan Selamat sejahtera ^_^

    No comments:

    Post a Comment