Friday, April 25, 2014

Cerita 3

Biar Dekat Biar Cepat

Sedikit sentuhan perhatian,
melimpah-ruah kasih sayang diterimanya.

Lelaki itu menarik kerusi di hadapan kami dan kemudian duduk. Dia menghembuskan nafas seolah-olah melepaskan kepenatan. Satu jam 30 minit berbaki sebelum azan maghrib, sebelum kami berbuka puasa.

     Lelaki itu kemudian mencondongkan tubuhnya ke hadapan dan bercerita. Mula-mula dia bercerita perihal kerjanya pada bulan puasa. Kemudian, bercerita perihal kerjanya esok. Sambung pula bercerita soal keluarga.

     Dia menggosok-gosok keningnya, kemudian mengurut kecil pada bahagian dahi dengan dua jari, lalu bercerita, " Apabila saya fikirkan, kita tidak mampu melebihi apa yang ayah kita lakukan. Meskipun kita sudah bergelar ayah. "

     Saya mendiamkan diri.

     Dia menyambung cerita, " Saya masih ingat bagaimana ayah menjaga adik kami. Perkara yang membimbangkan dirinya adalah apabila anak jatuh sakit. Demam sebelum usia tujuh tahun mungkin memberi kesan kepada saraf dan berisiko mengakibatkan kecacatan."

     Saya mendiamkan diri.

     Dia memandang dengan dua jari masih di dahi, "Ayah sentiasa memastikan setiap malam anaknya yang demam akan tidur bersamanya. Dia menjadikan lengan sebagai bantal kami. Biar rapat, biar dekat. Ada petua yang ayah aalkan."

     Saya mendiamkan diri.

     Dia menunjukkan lengan kanan dan meneruskan cerita, " Berbantalkan lengan ayah, memudahkan dia tahu keadaan anaknya. Apabila suhu badan anaknya naik, terasa pada lengan dan dia mudah terjaga daripada tidur. Cepat sahaja dibawa bertemu doktor."

     Saya mendiamkan diri. Apa yang mahu saya tambah daripada ceritanya?

     Dia mengangkat wajah, melihat siling, dan menambah ayatnya sendiri, " Ayah dahulu, cepat sahaja apabila anaknya memerlukan dia di sisi. Itu yang tidak dapat saya tandingi."

     Berbantalkan lengan ayah, biar dekat, biar rapat. Biar selamat si anak.


Prinsip Hidup Mengingati dan Diingati
Kasih sayang tidak memerlukan modal yang besar bagi
diterjemahkan dalam hidup. Sedikit perhatian dan perbuatan 
memberi  kesan berpanjangan kepada diri penerima. Kasih 
sayang ketika kecil adalah album kenangan ketika dia dewasa.
Sedikit yang bermakna lebih baik daripada banyak yang
memuakkan.



Wednesday, April 2, 2014

Cerita 2

Tuk! Tuk! 
Abang Bisu Bercakap

Cukup serba serbi tidak bermaksud dapat melakukan semua perkara.
Cukup normal belum pasti menyentuh hati manusia

Kami dibesarkan di rumah anak yatim. Apabila disebut yatim, ada yang menyebut kami tiada ibu ataupun bapa. Apabila dikatakan yatim piatu, maka kami kehilangan kedua-duanya.

     Orang di luar tidak tahu ada penghuni di sini pun masih ada ibu dan bapa. Ada yang ditinggalkan di rumah ini kerana ibu bapa tidak dapat menampung kehidupan anak-anak.

     Selalu orang berkata, " Si miskin anaknya ramai, si kaya anaknya seorang sahaja. "

     Pemilik rumah ini dipanggil Ummi. Kerap kali Ummi berkata, " Kita miskin ketika kecil kerana Allah akan memberi kekayaan apabila kita besar. Tetapi, kita perlu berusaha dan sabar. "

     Ummi menjadikan rumahnya sendiri sebagai rumah tempat kami membesar.

     Sedikit biaya sumbangan orang ramai menghidupkan elektrik, menjadikan air terus mengalir dari pili, dan terus mengenyangkan perut kami. Biaya yang sama menjadi nyawa pendidikan kami.

      Ada kalanya, Ummi mengeluh apabila datangnya sumbangan melimpah ruah. Bukan kerana Ummi tidak mahukan sumbangan, tetapi yang memberi sumbangan itu tidak tahu apa yang penting bagi sebuah rumah anak yatim.

     Apabila orang korporat datang pada bulan Ramadan, mereka membelikan kami baju raya. Setiap tahun, baju raya sentiasa baru. Cuma, ada kalanya kami memandang almari, melihat baju sekolah berwarna putih yang semakin kuning. Tahun baru tidak bermaksud baju baru kepada kami.

     Mujur tidak ada yang gemuk dalam kalangan kami, maka baju masih muat dipakai.

     Apabila orang korporant datang ke rumah, mereka memberi banyak bekalan makanan. Orang korporat menunggu bulan puasa supaya kami banjir dengan sumbangan. Disebabkan terlalu banyak, ia jadi membazir. Beras hampir rosak kerana lama tidak digunakan. Stor sudah menjadi gudang beras.

     Mungkin ini sebabnya Ummi selalu berpesan kepada kami, apabila mahu membantu, katakan, " Bantuan apa yang diperlukan? "

     Sekiranya majlis berbuka puasa, makanan di hotel memang enak. Kami tidak membantah, tetapi terlalu banyak makanan yang tidak mesra lidah kecil kami. Lebih banyak yang tidak dimakan dan kemudian menjadi hiasan di atas meja makan.

     Selepas itu, anak-anak yatim diberikan duit raya oleh mereka di atas pentas. Pada malam yang sama, apabila pulang, anak-anak yang kecil akan mengalah kepada yang besar. Duit raya mereka diambil semua ataupun sebahagian.

     Namun, dalam kalangan abang besar di rumah anak yatim ini, ada seorang yang digeruni, baik yang kecil mahupun yang sebayanya.

     Dia dipanggil Abang Bisu.

     Ya, benar dia sememangnya bisu. Sejak kecil sehingga sekolah menengah, dia yang mengawal sikap mereka yang tua yang mengambil duit raya si kecil di rumah anak yatim ini.

     Abang Bisu memanggil saya Renek kerana saya paling kecil dan muda di rumah ini.

     Bukankah dia bisu, bagaimana pula dia memanggil saya Renek?

     Abang Bisu akan meletakkan tangan kanan ke bawah menunjukkan ketinggian paras pinggang sebagai cara dia memanggil saya dari jauh sebelum melambai.

     Ada kalanya dia berdiri di sisi pokok bunga yang ditanam Ummi, sekali lagi dia meletakkan tangan ke bawah menunjukkan ketinggian pokok bunga yang renek sifatnya itu.

     Sehingga saya sudah sekolah menengah dan tinggi pun masih gaya yang sama ditunjukkan apabila memanggil saya.

     Saya curiga kepada Abang Bisu, sama ada dia benar-benar bisu ataupun mendiamkan diri sahaja. Mungkin juga dia sudah terlupa bagaimana cara bercakap.

     Antara saya dan Abang Bisu, kami ada persamaan, kami suka mengambil gambar. Pada kami, cerita pada gambar itu lebih penting. Seninya mungkin tidak ada. Kami berdua amatur dan tidak meluangkan masa bagi mendalaminya.

     Saya pernah merungut kepadanya, " Kamera kita murah, tidak secantik gambar yang diambil daripada kamera berharga beribu-ribu. Lihatlah! " Pantas tangan saya menunjukkan kamera yang masih menggunakan dua biji bateri.

     Saya merungut dengan sifat kamera yang murah itu. Walhal kamera itu dibeli oleh Abang Bisu.

     Abang Bisu memberitahu dengan perbuatan yang mudah.

     Dia membawa saya keluar rumah. Di luar masih ada kepingan papan dan paku yang masih belum dimasukkan ke dalam stor.

     Abang Bisu mula menukul paku pada papan menggunakan dua jenis tukul. Satu tukul baru yang keseluruhannya dibuat daripada besi, Lebih berat dan padat. Manakala, satu lagi tukul lama milik mereka. Kepala tukul diperbuat daripada besi, pemegangnya daripada kayu. Kepala tukul sudah longgar dan apabila lama digunakan, akan tercabut.

     Tuk! Tuk! Tuk!

     Sebatang paku dimasukkan ke dalam papan satu lagi bersama. Tukul besi digunakan mebgetuk paku ke dalam. Kemudiaan, paku itu bengkok.

     " Lihat! Tersalah sudut, bengkok paku dibuatnya, " kata saya kepadanya.

     Dia hanya senyum dan menukar tukul baru kepada tukul buruk. Kali ini sebatang paku lagi diketuk pada papan yang sama.

     Tuk! Tuk! Tuk!

     Saya menjarakkan diri, takut-takut kepala tukul tercabut dan melayang. Paku yang diketuk terbenam lebih dalam dan kemas di atas papan. Tidak bengkok seperti paku yang pertama tadi.

     Abang Bisu meletakkan kedua-dua tukul di atas lantai.

     Saya melihat kedua-dua tukul, " Bukan tukul yang memberi hasil terbaik, tetapi pemukulnya. Paku mungkin bengkok walaupun menggunakan tukul yang mahal. Paku mungkin diketuk kemas meskipun tukul yang digunakan tukul yang murah. "

     Saya diam sebentar sebelum menyambung kata, " Si pemukul itu sendiri lebih penting berbanding tukul. "

     Klik! Klik!

Saya tidak mempunyai sekeping pun gambar ketika sekolah rendah. Ini menjadikan saya berasa rugi kerana memori ketika sekolah rendah langsung tidak ada.

     Mungkin itu sebabnya saya suka mengambil foto sejak di sekolah menengah.

     Sekali lagi kamera Abang Bisu saya pinjam. Sesetengah gambar yang menarik, saya hantar ke kedai dan mencetaknya, kemudiaan disimpan ke dalam album.

     Abang Bisu menyelami dunia remaja saya. Setiap kali saya ke sekolah pada waktu pagi, Abang Bisu akan masuk ke bilik dan membelek satu persatu album gambar saya di atas meja.

     Selama ini saya tidak terfikir Abang Bisu akan masuk ke bilik di tingkat atas dan membuka album gambar. Saya kira tidak ada apa yang menarik. Tetapi, itu adalah cara Abang Bisu berkomunikasi dengan saya selama hayatnya.

     Apabila ada satu dua perkara yang kurang senang di matanya, dia menegur saya tanpa memberitahu daripada mana dia mendapat maklumat.

     Abang Bisu akan menulis di atas kertas kecil dan diselitkan di dalam poket baju sekolah. Seawal pagi apabila saya ke sekolah, baru saya sedar sehelai kertas kecil sudah semalaman tidur di dalam poket.

     Sekeping nota bertulis ayat, " Motosikal itu hak orang lain. "

     Saya menggaru-garu kepala memikirkan motosikal mana yang dimaksudkan. Selepas membelek album gambar, rupa-rupanya Abang Bisu menegur gelagat saya menaiki motosikal orang lain sekadar mahu mengambil foto.

     Saya teruja melihat motosikal itu.

     Tanpa izin, motosikal itu saya sentuh, mampu mengundang amarah pemiliknya sekiranya saya cuai dan tercalar pula. Abang Bisu bimbangkan hal-hal itu.

     Diam Abang Bisu itu bukan tanda tidak peduli, dia rancak bercakap dengan nilai didikan tersendiri. Mulutnya diam, fikiran ligat berfikir apa yang terbaik untuk kami.

     Kami kerap berkomunikasi melalui gambar dan tulisan yang saya tampal pada dinding. Dia tahu apabila saya hilang semangat. Cukup dengan membaca poster yang saya hasilkan sendiri di dinding bertulis, " Ayuh! Bangkit sekarang, kamu tidak lemah!"

Ketika saya mula belajar berniaga di jalanan bagi menampung kos persekolahan selama dua tahun, Abang Bisu tidak memberi respons apabila saya meminta pandangannya.

     Dia melihat dari jauh, ketika saya masih terkial-kial berlatih memasukkan air dan mengikat bungkusan air sebagaimana penjual di tepi jalan lakukan.

     Diambilnya plastik bungkusan air daripada tangan saya, diisikan air dari pili dan diikat. Abang Bisu menunjukkan sahaja tanpa bercakap apa-apa. Kemudian dia berlalu, saya belajar daripada apa yang saya lihat.

     Itulah komunikasi kami.

     Sehinggalkan saya masuk universiti, tingkah lakunya yang teruja mengangkat kotak buku dan barang milik saya dari kereta ke bilik cukup memberitahu dia gembira. Dia begitu marah apabila saya mahu mengangkat barang dari bonet kereta. Dia menepis tangan saya yang cuba mengangkat beg dan kotak.

     Saya duduk di hujung katil dan memerhatikan.

     Siapakah Abang Bisu, adakah dia anak yatim seperti kami?

     Abang Bisu adalah anak Ummi. Dia terus dewasa disitu. Selepas Ummi meninggal dunia, Abang Bisu menguruskan rumah anak yatim ini. Abang Bisu masih di rumah yang sama, kami yang sudah dewasa meninggalkan dia yang masih diam di ditu.

    Tetapi diamnya itulah yang berbekas di hati kami.

Prinsip Hidup Mengingati dan Diingati
Abang Bisu tidak memaksa dirinya 'bercakap' supaya diingati.
Cukuplah perbuatan yang muncul pada waktu memerlukan, 
sudah memberi kesan mendalam kepada orang lain. Baik 
berbentuk analogi, tulisan, mahupun perbuatan

Tuesday, April 1, 2014

Cerita 1

Teh Pengaruh, Semakin Diteguk
Semakin Diingati

Hakikat kematian menunjukkan, ingatan itu berpanjangan ataupun
separuh jalan.

Kami sudah berjiran hampir dua tahun, tetapi jarang berbual lama. Kebetulan, hari itu cuti umum. Saya melihat dia duduk di hadapan rumah seorang diri.

     Lambaian tangan saya disambut senyuman manis. Dia memanggil saya dengan bahasa tangannya. Itu pertama kali saya ke rumahnya selepas dua tahun di sini.

     Dia mempelawa saya menikmati segelas air suam yang dihidangkan. Saya yang datang sebagai tetamu di rumahnya pada petang itu berasa kekok dan janggal dengan layanan yang diberikan.

     Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja?

     Dia dapat melihat kejanggalan yang terpamer jelas pada wajah dan gerak tubuh saya.

     Dia senyum sahaja, " Jemputlah minum air itu, " pelawanya tanpa mempedulikan respons saya.

     " Mahu air teh? Saya boleh sediakan. " Dia bertanya sambil melihat saya meminum hampir separuh gelas air suam.

     Saya mengangguk. " Boleh sahaja. "

     Dibuka pek yang mengandungi 12 uncang teh. Dimasukkan satu uncang ke dalam cawan. Air panas dicurahkan perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya kelihatan jelas. Saya sudah tidak sabar menikmati teh yang dihidangkan.

     " Silakan, " dia mempelawa saya minum bersama.

     Sekali lagi saya berasa aneh dengan sikap jiran saya ini. Dia mempelawa teh, tetapi tidak dimasukkan sesudu gula sebagai pemanis. Mungkin dia menyangka tetamunya menghidap penyakit kencing manis. Mungkin kerana itu dia mempelawa saya minum air suam dan teh tanpa gula.

     Jiran iti kemudian bertanya, " Mahu gula? "

     " Ya, sesudu sudah mencukupi, " balas saya. " Aduh, barulah terasa enak hidangan teh ini, " kata saya sambil menghirup perlahan-lahan.

     " Sekiranya mahu rasa enak, campur sedikit susu cair. Ia tidak manis, tetapi teh susu cair lebih pekat tanpa rasa manis keterlaluan, " pelawanya.

     Jawab saya segera, " Ya, benar. Itulah resipi di warung-warung kopi, " sambil menyuakan cawan untuk diisi sedikit susu cair.

     Selesai minum teh, kami kembali berbincang. Walaupun kami lama berjiran, tetapi kami jarang bertemu muka. Makin lama makin dilupai sekiranya tidak bertegur sapa.

     " Bagaimana cara supaya kita sentiasa diingati? " Saya bertanya apabila mengenangkan sekiranya dia berpindah dan saya bertemu jiran baru pula selepas ini.

     Dia menjawab dengan bertanyakan soalan, " Saya pelawa tetamu saya sekadar air suam, kemuadian teh tanpa gula. Kemudian saya isikan gula dan sedikit susu cair. Apa perasaan saudari? "

     Saya menjawab, " Sudah pasti semakin lama rasanya semakin sedap. Mula-mula tawar, kemudian manis sedikit, dan rasa lemak susu cairnya. " Tangan kanan saya masih memegang cawan yang berisi.

     " Jiranku, begitulah diri kita akan diingati, " kata wanita itu.

     Dahi saya berkerut, tidak dapat saya memahami maksudnya. " Bagaimana? "

     " Ingatan seseorang datang daripada pelbagai sumber. Apabila diadun seimbang semua sumber itu, semakin kuat, matang, dan semakin mendalam ingatan itu. Ia tidak berdiri sendiri tanpa unsur-unsur lain yang datang melengkapi. Ingatan kita kepada seseorang yang kosong isinya, rasanya samalah macam air suam tadi. Ingatan yang matang dan mantap isinya, samalah seperti secawan teh yang lengkap segala macam isinya, " jawabnya panjang lebar.

     Saya bertanya dalam nada jenaka, " Dari mana datangnya gula dan susu yang memekatkan lagi adunan teh ingatan? "

     Dia mengeluarkan sekeping kertas dan dilakarkan sebuah imej, sama seperti gelas. Dibahagikan isi gelas itu kepada beberapa bahagian.

     Kemudian, dia memberi tujuh pesanan penting kepada tetamunya sambil mengetuk mata pen pada lakarannya, " Ketahuilah saudaraku, ingatan kita kepada seseorang berkembang keranay adanya mana-mana tujuh ciri ini. "

Ilmu Pengetahuan
Rekod Kejayaan
Pengalaman
Kebolehan
Rangkaian
Gerak Hati
Karakter

Wanita itu menghirup sedikit air daripada gelasnya dan memandang saya, " Masih ingat nama guru saudari di sekolah? "

     Segera saya mengiakan, " Sudah pasti, meskipunsudah 21 tahun saya meninggalkan sekolah. Namanya Cikgu Rejab, guru yang mengajar kami subjek sejarah. "

     " Mengapa kamu mengingati namanya sehingga sekarang? " soal wanita itu.

     Balas saya, " Saya mengingatinya kerana dia menjadikan saya teruja dengan subjek sejarah yang saya sangka susah dihadam oleh fikiran. Malah, saya masih ingat formula mengingati tarikh peristiwa yang diajarnya. "

     " Bukankah kerana pengetahuannya menjadikan dia diingati sehingga sekarang? " soalnya lagi.

     Saya terdiam.

     Wanita itu mengisi cawan saya yang sudah kosong. Kemudiaan dia memohon izin, " Bolehkah saya bertanya lagi? "

     Saya mengangguk.

     " Masih ingat siapakah orang pertama yang menjejaki bulan? "

     " Mudah sahaja. Sudah pasti Neil Armstrong! "

     " Masih ingat siapakah orang pertama yang mencipta telefon? "

     " Alexander Graham Bell. "

     " Masih ingat siapakah Ibnu Sina? "

     " Beliau adalah tokoh perubatan Islam, dikenali sebagai Avicenna di Eropah. Buku perubatan beliau, ( Al-Qanun Fit-Tibb ) menjadi rujukan. "

     " Bagaimana kamu dapat mengingati semua ini? "

     " Sudah pasti kerana kejayaan mereka. " Yakin jawapan yang saya berikan.

     Wanita itu mengangguk, menunjukkan perkataan pengetahuaan dan kejayaan pada lakaran. Kemudian, dia menunjukkan kelima-lima jarinya, maksudnya ada lima lagi tidak dihuraikan. 

     Wanita itu kembali bersuara, " Jiranku, dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Itu baru dua, belum selebihnya. Lihat dan renungkan. Pelajari dan ambil sebagai pelengkap. Mudah-mudahan dalam diri berkembang menjadi pemudah cara hidup kita dan orang lain. "

     Sebaris senyuman daripadanya yang menunjukkan keyakinan yang saya dapat melakukannya.

     Belum lama senyuman di bibir, cepat-cepat dia menyambung, " Ingatan itu tanda kita juga berpengaruh. "

Prinsip Hidup Mengingati dan Diingati
Manusia diingati kerana tujuh perkara. Diingati kerana ilmu
pengetahuaan, rekod kejayaan yang dikecapinya, pengalaman
terdahulu, kebolehan yang mencipta keterujaan, rangkaian
yang dikenali, karakternya yang magnetik, dan gerak hati yang
mengatakan, " Ada sesuatu yang menarik berkenaan dirinya. "


Cerita dari Syurga


Siapakah Rakan Yasinku?

Siapakah 
Rakan Yasinku?

Rakan yasinku,
Setia berkata dalam bisuku,
Kerana kau setia dalam hidupku.

Rakan yasinku,
Aku tahu tidurku panjang,
Kau datang kau ziarah,
Maaf tidur panjangku tidak dapat kuputuskan seperti dahulu.

Rakan yasinku, 
Dekat pada diriku,
Dekat menyentuh rohku,
Dalam jaga dan tidur kau bersamaku.

Rakan yasinku,
Rakan senyum dunia,
Rakan senyum hidup,
Rakan senyum tanpa kosong.

Apa aku punya rakan yasin,
Atau ada rakan lagu dan nada sahaja,
Buat ketawa buat gembira,
Terisi gembira dunia,
Tetapi lenaku sunyi sahaja.

Rakan yasinku, 
Dalam akhiran baru kutahu.

Cerita Dari Syurga


Cerita Dari Syurga

Ingin berkongsi kandungan buku Cerita Dari Syurga 
oleh Zamri Mohamad, Yusry Yusopp, Haeqal Zulqarnain 
Mahukah dirimu kekal diingati?
Di bumi dia dikasihi, di langit dia dirai.
Itulah dirimu. Diingati seribu tahun lagi. 
Bisikkanlah kata-kata syurga di bibirmu.

Tiket Bahagia selalu berganda. Ada tersimpan wajah isteri
di fikiran suami. Terakam bicara ayah dalam hidup si anak.
Terdengar bicara ibu dalam diri si dia yang mengasihi.
Kita mahu diingati untuk selama-lamanya dalam ingatan
orang yang tersayang.

Dedikasi 
Sekiranya dirimu sedang membelek
buku ini dan membaca satu per
satu perkataan ini, inginku katakan
kepadamu:

" Buku ini didedikasikan kepada dirimu, 
Tuhan takdirkan kita bertemu. "

Dapatkah Dirimu Memberitahu?

Mengapa jadi begitu?
Hilang ketawa kami ketika itu.
Satu demi sati pesanan ringkas masuk ke dalam telefon bimbit. Tidak lama kemudian, penghantar pesanan menghubungi, " Benarkah begitu? Benarkah cerita yang saya terima ini? "

     Dia mahukan kepastian. Dia mahukan cerita mengenai rakan yang kami temui.

     Dua minggu lalu, kami duduk bersama di pejabat merencanakan sesuatu. Seminggu kemudiaan kami duduk sekali lagi mengesahkan apa yang dipersetujui. Tidak lama selepas itu, apa yang dijanjikan mahu dibuat bersama terputus dengan sendirinya.

     Pesanan ringkas pada telefon kami tatap, " Benarkah beliau sudah tiada lagi? "

Cerita benarnya, kami mahu mengusahakan sesuatu
Cerita benarnya, beliau tidak mampu meneruskan lagi.
Cerita benarnya, kami sudah kehilangan mentor, sahabat, dan rakan seperjuangan bersama.

Pada usia 30-an, beliau meninggal dunia.

     Sudah pasti ini bukan permulaan buku yang baik dengan menceritakan kematian. Boleh jadi saudara yang sedang tersenyum sudah diganti garis lurus pada bibir.

     Mengapa buku ini berada di tangan saya? Mengapa Tuhan takdirkan saya bertemu dengan buku ini dan sedang membaca perkataan ini?

     Rakan kami pergi dengan satu soalan yang perlu kami berikan jawapan kepada diri, " Bagaimana kami mahu diingati sebagaimana kami mengingati beliau sehingga hari ini? "

Adakah saya mempunyai jawapan itu?
Bagaimana saya mahu diingati oleh orang yang dikasihi?
Bukankah itu yang saya mahu?

     Adakah sebarang ikhtiar, supaya orang mengenali dan mengingati kita walaupun selepas kematian kita?
Adakah sesiapa yang akan menulis lagi Cerita dari Syurga dan bercerita tentang diri kita?

Zamri Mohamad
Haeqal Zulkarnain
Yusry Yusopp


Sunday, March 16, 2014

Rindu :')


Bismillah...
hati tak tahan... rindu mak abah :'(
bila nak balik nie...
hari-hari telefon, tahan air mata...
semoga mak abah sihat2 selalu...
minta maaf sebab setiap minggu mak tanya...
"minggu nie adik balik kan?"
hmmm...

minggu depan da test 1...
semoga dipermudahkan...
semoga sihat selalu...
semoga emosi stabil...
Allah.. :'(


semoga diri ini terus kuat menghadapi hari-hari mendatang....
“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu penyakit dan sejenisnya melainkan Allah akan menggugurkan bersamanya dosa-dosanya seperti pohon yang menggugurkan daun-daunnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)




Friday, March 14, 2014

Forum Aku Firsthand Bukan Secondhand

Alhamdulillah, berkesempatan menghadiri Forum Aku Firsthand, Bukan Lagi Secondhand
anjuran Kolej Kedua UPM sempena Run For Life 3.0 " a chance to change "
Moderator: Alham Raja Lawak
Ahli Panel : IM Nazrul, Aiman Azlan dan Yatt Hamzah

Tajuk forum nie berkait rapat dengan Hijrah.
Apa maksud hijrah? Hijrah bermaksud perpindahan. Peristiwa hijrah, sesuatu perubahan yang dilakukan Nabi Muhammad dan Para Sahabat untuk menyebarkan Islam. Sampai sekarang kita boleh rasa nikmat
Iman dan Islam. Alhamdulillah! Hijrah, semua orang kena buat dan hijrah bukan sekali, tetapi berkali-kali sepanjang kita hidup.


  • Dalam setiap lubuk hati manusia ini,ada satu kekosongan yang hanya dapat diisi dengan mengingati Allah, menjadi hamba Allah. Oleh itu, sentiasalah melakukan suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-NYA.
  • Tujuan kita hidup adalah untuk memilih jalan selepas mati yang kekal abadi, iaitu alam akhirat. Ada dua pilihan jalan yang boleh kita pilih, jalan menuju ke Syurga ataupun jalan menuju ke Neraka.
  • Islam always balance, Islam does not extrem.
Langkah Pertama untuk Hijrah:
  • Mencari kawan yang baik. (mendekati mereka yang apabila kita melihat mereka, kita ingin buat kebaikan, kita rasa dekat dengan Allah)
  • Menjadi kawan yang baik. (bukan ja kita tercari-cari, "aku tak ada kawan yang baik, semua mat rempit, semua kaki disko *contoh*, tetapi biarlah kita yang menjadi baik)
  • Pergilah ke tempat-tempat yang baik. (persekitaran kita nie penting, ia boleh mempengaruhi diri kita, *contoh* kita pergi ke konsert2 hiburan, campur lelaki dan permpuan, bersentuhan.. tak ke tu dah cemarkan diri kita sedikit demi sedikit? batas pergaulan tu penting)
Macam mana nak kekalkan Istiqomah
  • Mujahadah, berperang melawan nafsu kita sendiri. Boleh jadi apa yang kita suka itu buruk untuk kita, dan boleh jadi yang kita benci itu adalah yang terbaik utuk kita. Berfikir hendaklah berlandaskan iman dan hati. Tak boleh logik akal semata. Islam bukan agama yang boleh kita fikir dengan logik akal, contohnya, "alaaa, makan sikit je makanan orang ni, takkan tu pon effect kot, sikittt jaaa... " Islam tak ajar begitu, Islam agama yang sempurna. Islam tidak akan mencampurkan antara hak(baik) dan batil(jahat).
  • Istiqamah. walaupun susah, saat kita susah melalui "bahagian" susah itu, nescaya apabila kita tak lakukannya, pasti rasa tak cukup. Contohnya, paksa diri pakai stoking. mula2 rasa malu, orang pandang pelik jaaa... tapi bila dah lama2 istiqamah, faham kenapa kena pakai stoking (sebab kaki aurat) bila kita nak keluar ja mana2, mesti stoking akan sentiasa dipakai, kalau tak pakai, rasa tak cukup, rasa tak selamat. :) Bertindaklah pakai stoking! ^_^
Berhijrah mesti ada cara:
  1. Azam kena kuat. jangan hangat-hangat tahi ayam.
  2. Berdoa. Dimana-mana sahaja, sesungguhnya doa itu dapat menguatkan kita. Percaya Allah Maha Mendengar.
  3. Pilih sahabat yang baik. Apabila melihat mereka, teringat Allah.
  4. Cari suasana tarbiah. Apa itu tarbiah? “Cara ideal dalam berinteraksi dengan fitrah manusia, baik secara langsung melalui kata-kata maupun secara tidak langsung dalam bentuk keteladanan, sesuai dengan sistem dan peringkat khusus yang diyakini, untuk memproses perubahan dalam diri manusia menuju kondisi yang lebih baik”. Kena berani berubah, jangan takut. Melakukan  perubahan dari sekecil-kecil benda hingga sebesar-besar benda. Contoh, selalu dengar hitz fm tukar pada dengar Ikim fm :)
  5. Jangan bertangguh! Niat dalam hati nak berubah dah ada, tapi cakap dalam hati, biarlah dulu, nanti lah.. Jangan sia-siakan hidayah Allah. Allah sudah putikkan dalam hati supaya berubah, tapi kita yang bertanggguh. Tak take action. Takut nanti, tak sempat. Ajal menjemput kita dahulu.
  6. Jangan sekadar belajar, tetapi tak buat. Contoh, dah tahu cara tutup aurat yang sempurna macam mana... (aurat perempuan seluruh tubuh badan, kecuali tangan dan muka)  , tetapi tak juga tutup aurat dengan sempurna. Rugi sangat!
Aplikasi konsep Hijrah dalam kehidupan dan medium yang sesuai:
  • Muda itu bukan sahaja dari segi umur. Tetai mestilah ada semangat ketermudaan.
  • Menjadi pemuda yang beribadah kepada Allah.
  • Kita perlu ada masa duduk sorang-sorang, renung balik diri kita sekarang. Dulu lagi baik atau sekarang lagi baik? Ke sama jaaa dari dulu, tak berubah-ubah. Rugi sangat kalau tak ada peningkatan.
  • Rosaknya pemuda, disebabkan dia tidak tahu mengurus dirinya sewaktu dia muda.
  • Waktu study nie lah nak belajar betul-betul. Tiada komitmen lain seperti kena fikir keluarga dan sebagainya.
  • Masa muda ni lah MASA YANG PALING PENTING.
Mengamalkan Cara Hidup Islam:
  • Islam has the best product, but the worst salesman. Kat sini kita kena faham yang produk Islam yang sebenar mestilah berkualiti, tetapi yang mencacatkannya ialah oarang Islam yang tidak mengamalkan Islam. Banyak zaman sekarang dapat kita lihat, Islam hanya di dalam IC, cara hidup? tiada beza dengan mereka yang bukan Islam.
  • Menjadi pemuda Islam yang berwawasan, rajin, berakhlak mulia, bepersonaliti tinggi dan menjadi contoh kepada orang lain. Tunjukkan, orang Islam semuanya terbaik. 
Cara Menghadapi "Gangguan" ketika berhijrah:
  • Antara contoh2 gangguan, " bajet bagus je budak nie, baru pakai tudung labuh sikit, dah nak ceramah kat orang macam ustazah"   " ceyh... budak masjid konon " dan yang seangkatan dengannya..
  • Katakan pada diri, Inilah ujian yang diberikan Allah. Allah tidak akan membebani seseorang itu, jika dia tidak mampu menanggunggnya. Allah knows everything.
  • Katakan pada dri, Nak Berubah, mestilah terima segala macam ujian. Ia macam package :)
  • Aalah sangat ujian yang kita terima ni kalau nak dibandingkan dengan Rasulullah SAW yang penah suatu ketika dahulu, dibaling dengan batu oleh orang-orang yang menentangNya sampai bertakung kasutnNya dengan darah.. Allahu... :'( kita? orang pandang pelik sikit, dah rasa down... Kita kena Kuat! 
  • Sabar -> Solat-> zikir -> doa banyak-banyak supaya dikuatkan hati
  • Fokus tujuan kita untuk mengejar syurga di Akhirat kelak. Dunia nie hanyalah sementara. Tempat kita mencari bekalan untuk akhirat.
  • Semuanya memerlukan pengorbanan kerana Syurga Allah itu mahal. Sesiapa yang mahukannya, mestilah Mengerjakan segala suruhan Allah untuk mendapatkannya.
  • SEGALANYA BERMULA DENGAN DIRI SENDIRI



Semoga Mendapat Ilmu Yang Bermanfaat.
Sharing Is Caring ^_^
Baru berkesempatan nak kongsi :)


Monday, March 3, 2014

~ Usrah Fitrah ~

Usrah :)
Setelah lama tak bertemu dengan semua usrahmates,
Kak naqibah cadangkan kami buat rehlah...
Tugas dah dibahagi-bahagikan melalui group whatsapp
Jah dapat ajk pengangkutan dgn Hanis
Jadi drebar... n kena buat poster.. Jah x reti adope photoshop bagai uhh..

23 FEBRUARI 2014 (Ahad)

Poster yg x seberapa... :3

Alhamdulillah.. semuanya berjalan lancar seperti yg dirancang...
Bertolak dari kolej 17 selepas zuhur *masa telah ditukar* menuju Seri Serdang, makan dulu.. semua x makan lagi dari pagi... lapar kemain.. :D lepas tu baru gerak ke Wet Land, Putrajaya..
Tapi x dapat main basikal kat wet land.. sesat.. x tau kat mana tempat nak sewa basikal..
3,4 kali pusing -_- x pe r.. x de rezeki... :)

First sampai wet land tu terus pergi menara tinjau dye...
Dimulakan dengan sedikit taaruf, beritahu karton yg digemari dan beritahu perkara yang kita tak pernah bagitau kat orang (usrahmates) yang ada kat sini.
Seronok dapat tau apa perkara yang misteri nie, semua lepas tau tu.. " OWWHHHH "  :)
Cerita Zila paling best n panjang ^_^ *tak sangka zila, tak sangka.. :p 

bulatan gembira di menara tinjau Wet Land,Putrajaya

selepas beraktiviti di Wet Land, lepas solat asar, kami bergerak ke Masjid Putra..
Jem yang amat... nasib dapat r parking tepi2 jalan tu...
kat sini sesi penutup.. :( nak balik dah.. hmm.. semua jaga emosi, tak mau nangeh2.. kat Putrajaya nie, malu org tengok... hehe... * last usrah penutup masa asasi, semua berderai air mata, maafkan Jah yang menjadi pencetus air mata.. korang ingat x sesi luahan hati tu..? :') 


Bulatan gembira di sebelah Perkarangan Masjid Putra, Putrajaya

Lepas habis nie, hantar semua balik ke kolej masing-masing..
Semoga kita berjumpa lagi sahabat.. :') tak lupa juga buat new usrahmates yg x dapat join, Daina.. nanti kita gather lagi macam ni ea... tak moh sedih-sedih... 

Ukhwah Fillah Abadan Abada.
Indahnya berUkhwah kerana Allah ^_^


Pertama kali JAh join usrah, masa di Asasi, Mira yang ajak..
terima kasih Mira... kerana mula dr sini, sedikit demi sedikit mula berubah..
Janggal ketika mula-mula ingin berubah, contohnya, pakai stoking, kaki tu pon aurat :')
insyaAllah diikuti dengan yang lain-lain...
Alhamdulillah, Allah pertemukan Jah dengan mereka.. sahabat yang sering membantu,
menegur, menolong ketika sakit, belajar sama-sama...
Kadang peluang dah ada depan mata, kita tak ambil... ruginya.. :(
Bukan sahaja untuk usrahmates ja, tetapi untuk semua.. kawan sekolah semua...
Jom kita sama2 menuju redha Allah, insyaAllah.. semoga Allah redha..

Seronok bila junior sekolah tanya, " kak Jah, best ke usrah? selalu nampak kak jah post pasal usrah.. "
dekat sekolah Jah, x da usrah... maybe sebab tak da siapa yg beritahu..
jujur cakap, pertama kali dengar perkataan usrah, semasa di asasi...
tertanya dalam diri, " perlu ke usrah semua nie? "
kali pertama pergi usrah, berat rasanya... rasa macam tak layak.. usrah semua ni untuk budak-budak baik je nie.. untuk budak-budak sekolah agama jea.. punyalah JAHIL diri nie fikir macam tuh... -_-
lama kelamaan pergi usrah, rasa seronok.. banyak ilmu-ilmu yang dikongsikan akak naqibah.. sahabat-sahabat.. semua sempoi-sempoi bercerita dalam usrah.. hilang semua perasaan gemuruh n persoalan-persoalan tuh... teringat soalan yang buat Jah tergamam, kak naqibah tanya, " apa tujuan hidup awak? " masa tu, blur.. lepas tu jawab, " nak gembirakan mak dan ayah.. "    Lepastu kak naqibah perbetulkan lagi tujuan hidup yang sebenar, iaitu, MENCARI REDHA ALLAH,  buatlah segala macam apa pon di dunia nie, asalkan mendapat Redha Allah... Taat Perintah Allah dan Meninggalkan Segala LaranganNYA.. insyaAllah hidup kita akan diberkati...Letakkan Allah di tangga teratas dalam Hati kita... niatkan buat segala perkara kerana Allah... biarlah betul pada caranya, kerana Niat tidak menghalalkan cara...
Betul, usrah nie satu keperluan.. . :) 


click untuk besarkan gambar :)

 click untuk besarkan gambar :)

click untuk besarkan gambar :)
*Rukun Usrah* 

click untuk besarkan gambar :)
*betulkan balik tanggapan awal kita*


click untuk besarkan gambar :)
*pelbagai 'method' dalam usrah*

click untuk besarkan gambar :)
*Fahami Konsep Usrah sebenar*


sampai di sini sahaja, semoga bertemu kembali..
tegur Jah mana yang salah ea, Jah baru belajar...
nie hanyalah perkongsian dari Jah buat semua...
semoga dapat sesuatu...
 semoga kita menjadi Hamba Allah yang lebih baik daripada semalam..
hari lepas tak menentukan kita pada hari esok, 
hari ini yang akan menentukan siapa kita hari esok...
niat dah ada, bertindaklah sedikit demi sedikit.. insyaAllah Allah permudahkan..
bersangka baiklah dengan setiap ujian Allah, pasti ada hikmah disebalik segala yang berlaku..

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya…     ( Al-Baqarah: 286)

“Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.” (al-Insyirah : 6)





Sunday, March 2, 2014

Perkongsian Ilmu

*PU Rahmat ditukar kepada Ustaz Khairul Amri

Bismillahirrahmanirrahim.. Jah nak kongsikan sedikit point yang Jah dapat daripada Forum nie...
Jah banyak guna point form... harap dapat faham, kalau ada yang salah n silap, harap tegur ea...

Forum Adakah Aku Masih Umatmu...
  • Persoalan nie, kita tujukan kepada diri kita sendiri.. bukan soalan yg kita tanya pada Nabi...
  • Kalau kita mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW, bukan sekadar mengaku pada bibir, sebab apa? Bibir kita selalu berbohong..
  • Kita mestilah buktikan dengan TINDAKAN.
  • Mengikut segala panduan yang telah diteraskan dalam Al-Quran dan Hadis.
  • Mengikut segala syariat Nabi, tak boleh pilih-pilih.. mana kita suka, kita ambil, mana yang kita tak suka, tolak tepi.. contohnya, Kahwin empat.. suka, ikut.. tapi bila suruh tutup aurat, tak suka.. sebab panas dan macam-macam lagi alasan yang direka semata-mata ingin selesa dunia, ditolak... Nabi tak ajar semua nie.
  • Ramai set mind kita, " Tunggu tua, baru nak tutup aurat.. Tunggu tua, baru nak beribadat banyak-banyak... " AJAL TAK MENUNGGU HARI TUAMU  cuba bayangkan, kita mati dalam sedang melakukan maksiat, Allahu.. :'(
  • Ibadah mestilah dipaksa untuk jadi darah daging kita. Sebab itu, Islam mengajar kita menyuruh anak-anak solat sejak dari kecil. Tiada istilah " kena ikhlas, baru buat " . Waktu kita kecil dahulu, adakah kita ikhlas solat, apabila mak dan ayah kita suruh solat? tak kan.. kita just, ikut.. tak buat nanti kena rotan, kena marah... macam tu lah konsepnya, Ikhlas itu akan datang apabila rutin ibadah yang kita buat dari kecil, walau dalam keadaan terpaksa sekalipun tu sudah istiqomah dalam diri. InsyaAllah. Tak sampai seru lagi? seruan tutup aurat telah lengkap diturunkan sejak 1400 tahun lepas
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"[TMQ an-Nur (24):31]


  • Kita selalu tangguh-tangguh solat.. pada zaman dahulu, apabila tibanya waktu perang, seorang pemuda apabila ditanya sahabatnya " mengapa kamu tidak menghabiskan makan kurma itu dahulu? " pemuda itu menjawab, "aku takut lambat masuk syurga (pergi berperang, untuk mendapatkan jihad) " Allah... kita macam mana? 
Melakukan Sunnah-sunnah Nabi

  1. Mulakan setiap perbuatan dengan Bismillahirrahmanirrahim dan diakhiri dengan Alhamdulillah.
  2. Mulakan setiap pekerjaan dengan anggota sebelah kanan.
  3. Makan makanan yang paling hampir dengan kita walaupun ada sambal belacan yang paling dekat :)
  4. Makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang.
  5. Kalau dapat mimpi yang baik, bangun pagi, ucapkan Alhamdulillah, kemudian ceritakan kat orang, insyaAllah akan jadi realiti.
  6. Kalau dapat mimpi yang buruk, bangun pagi, ludah sebanyak 3x ke sebelah kiri kita (ludah tu, bukan buang air liur betul2.. sekadar isyarat seperti meludah) , jangan cerita dekat orang. Contohnya kita mimpi kena makan dengan cicak besar, tak ke ngeri mimpi tu -_- 
  7. Mengamalkan kebersihan. Terutama ketika solat. Pakaian mesti bersih, bukan pakai seluar jeans yang sudah berbau hapak, sebulan x basuh. Telekung bersih, bukan yang banyak tahi lalat.
  8. Sentiasa memberi salam terlebih dahulu.
  9. sentiasa tersenyum.
  10. Bercakap yang baik-baik lebih baik daripada diam, diam lebih baik daripada bercakap tidak baik.
  11. Pergi ke jemputan-jemputan kenduri, walaupun kamu sedang berpuasa. 
  12. Menziarahi orang sakit.
  13. Mengiringi orang mati.
  14. DAN BANYAK LAGI :) cari ea..

    Sunnah Nabi dalam Rumah Tangga:

    1. Nabi masuk rumah, dimulakan kaki kanan, dan terus mencari Aisyah RA dan menolongnya membuat kerja rumah.
    2. Nabi selalu tidur beralaskan peha Aisyah RA.
    3. Nabi akan minum gelas yang digunakan Aishah RA, dan minum di tempat yang sama Aisyah minum.

    Apakah Kelebihan kepada Umat Nabi Muhammad pada Akhir Zaman? (kita lah umat akhir zaman)


    1. Menuntut ilmu itu dikira sebagai Jihad
    2. Diberi umur yang pendek. Berbanding umat terdahulu, umur mereka boleh menjangkau beratus tahun.
    3. Membuat amalan yang sedikit, tetapi digandakan pahalanya di sisi Allah.
    4. Kita berada di dalam agama yang SEMPURNA. Maksudnya, segala panduan hidup, sudah lengkap diceritakan di dalam al-Quran dan Hadis. 
    5. Kita umat yang dipermudahkan solatnya. Orang Islam boleh solat dimana-mana... contoh, di dalam hutan, di dalam bangunan, di luar bangunan, di tepi jalan, di atas rumput, di atas batu.. Agama lain mereka beribat hanya di dalam tempat-tempat suci mereka, seperti tokong, kuil, gereja dan sebagainya.
    DOSA, PAHALA ditentukan dengan TINDAKAN.
    Bukan sekadar mengaku Islam, tetapi tidak hidup
    seperti seorang Islam.


    Tuan moderator yang bagus. 

    Ustaz Fauzi dan Ustaz Khairul Amri

    *sampai di sini sahaja, semoga dapat ilmu yang bermanfaat. Banyak-banyakkan muhasabah diri. Peringatan buat diri Jah juga. Salah silap harap ditegur :) terima kasih. Assalamualaikum dan Selamat sejahtera ^_^