Saturday, November 10, 2012

Kita Semua... :)

 Alhamdulillah... MUET (Malaysia University English Test) pagi tadi dah selesai...
utk Listening, Writing and Reading... dah cuba yg terbaik, Let's Allah Do The Rest...
Doa semoga dpt keputusan yg baik... insyaAllah.. takut! :( den x mahir speking2 nieh
fuh2... tadi on9 fB, pas2 ternampak pic nieh... terasa di situ ea... huhu
betul jugak apa yg nm disampaikan melalui gambar nie,,, Apa Guna Ada laman2
sosial ni, kalau x gunakannya ke arah kebaikan... bukan sekadar nk hilangkan bosan
n nak suka2 ajer... jom2 kawan2, kita berdakwah melalui teknologi2 sekarang... :)
senang ajer... hidup nie, pilihan di tangan kita... pernah x terfikir, apa tujuan kita hidup?
agak lama nk fikir di situ ea... hehe.. same r... hm, hidup nie sementara,
kita hidup kat dunia nie utk mencari bekalan utk hidup kita yg KEKAL...
iaitu di Akhirat kelak... jadi mari sama2 kita mencari redha Allah dn bekalan
utk hidup di AKHIRAT yg kekal pasti... bekalan, segala bentuk amalan yg
mendekatkan diri kepada Allah S.W.T, yg paling penting, Taat perintah Allah,
ikut segala perintahNya dn meninggalkan segala laranganNya... insyaAllah..
betulkan Jah kalau ada salah ea... sama2 menuju ke jalan Allah S.W.T :)





Friday, October 26, 2012

Salam Aidiladha bersamaan 10 Zulhijjah :)


 Salam Jumaat dn Salam Aidiladha kepada semua... :)


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:
  • Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun


Tuesday, September 11, 2012

ffuuuhhh ffuuuhhh.. bersawang! laman sesawang.. HAHA :p

Olla... nie Jah tengah cuti sem... seminggu.. start lepas war game hari 2... 
6 September... dah lame x update ken!! SAYA MALAS sebenarnya...
hehe... tapi,, ade kea org bace? HAHA... mane ade org bace,,, sape2
yg t'baca blog Jah,, terima kasih daun keladi, lain kali baca lagi yuk! :D
haa... tengah pening kepLa nie.. ku gagahi menulis blog yg dh bersawang..
haha... mula2 gi betoikn shoutbox Jah dah rosak!.. err,,, rosak? sesuai ke?
abaikan.. hehe..lepas final exam hari 2, terus berangkat ke kem Lambaian
Danau, Jasin, Melaka.... mule2 semua muke x redho kena gi sane,, mane x nyer,, 
dye amek cuti sem kitorang ! ggrrr!! geram den! huhu.. okeh... lepas 2,, ikot je r
poklek suh buat ape... poklek..? siapakah dia? dia r yg jd pengasas kem 
lambaian danau 2... tegas orangnyer... suke buat lawak,, tapi muke serius.. -,-'
sabau je r.. huhu.. kitorang memng dh dibahagikan kpd 10 group..
Alpha-Ayam, Bravo-Beruk, Charlie-Cacing, Delta-Dubuk, Echo-Elephant, 
Oscar-Orang Utan, Romeo-Rabbit, Siera-Siput, Tango-Tikus, Zulu-Zebra...
nie semua idea poklek bg name2 belakang 2 binatang.. cait!! huhu..
Jah kump Alpha-Ayam.. nasib bek ayam.. hakhak... kitorang menng tempat
pertama p'tandingan berakit.. syokk weyyhh!!! wiieee penat tp berbaloi. hehe
ade macam2 pertandingan.... kitorang Asperians ade 600+ pelajar...
dye bahagikan 2 tempat kitorang,, 1 kat Perak, 1 kat Jasin.. Jah dpt yg Jasin 2 r..
mari lah same2 kan aktiviti yg Jah buat kt kem 2... :) #only in Asasi Pertanian UPM!

Friday, August 10, 2012

How I Feel About UPM



The day that I’ve been waiting for has arrived. The result of UPU has came out at 12 noon. I thought, I would have received a certificate from any university that I’ve appealed before. I had never hoped that I’ll receive a foundation programme from any university that I’ve appealed to because my SPM result was not too good that i wouldhave made it to any foundation courses even though I’ve been applied for it before the SPM result have came out. When I entered my IC number to check the UPU result, i had never been so shocked! I couldn’t breathe and suddenly I began to cry  slowly. I got offered to study at University Putra Malaysia in Foundation in Agriculture Science. My sister was the first person that I told that I had a place in the foundation programme at UPM. She was very happy for me. I was my parents' last hope of any of their children that can enter university. I am so grateful at all for this result. At least, I can fulfill my parents wishes of seeing their children entering university.
My first impression of foundation in agriculture science is, “do I have to work only in agriculture course? ” with the technology is only in one click, I have discovered about it in the web. I have got the answer for my circumstance, the course is so wide. I can further my degree after foundation in UPM in Faculty of Agriculture, Faculty of Forestry, Faculty of Veterinary Medicine, Faculty of Engineering and many more. I have asked many of my family members, friends, senior and teachers they have come out with many feedbacks. I asked them because I have been confused about furthering my study in foundation or matriculation. Many of my friends will be going in matriculation. None of my friends in my batch got an offer from UPM. Only me. I’m so scared to further my study with all of new people. There is no one that I know. If I further my study in matriculation, at least, I have many friends to go with. At last, to make the last decision, I prayed istikharah to Allah. I know, Allah knows what is the best for me and Alhamdulillah, I got the answer.
I have told others about my decision and my family had supported me. But there are some friends asked, “Don’t you have to become a farmer went you out from that course?“ the stupid question have make me felt down at first, but I get it out of my mind and I felt better at last. The first day in UPM was great! It was so sad for being far from my family. The first week was so bored and so tired, the orientation week. We were lacking of sleep because we only slept 4 hours per day. After the first week, our class has started. I have been listed in lecture five. There are 50 students in that lecture at the beginning and now it left 48. The two students have further their studies other course. All of them are kind-hearted. Many of their SPM results’ have flying in color. I felt so small surrounded by excellent students. At first, I felt so scared and useless in that class, but my lecturer said, “All of you are the same and forget your SPM result because when you enter the university, all of you are same. This is just the beginning” from that, I felt better and try my hardest to forget the past and begin a new life here.
It is so interesting for entering this course, Agriculture in Science because we have to do practical outdoors. It’s so fun! Other universities don’t have this course, it’s only in UPM. I’m so grateful for being here. UPM scenery is so beautiful. I love UPM so much! Thanks UPM for taking me as one of your student in Agriculture in Science batch 2012/2013.


Saturday, July 28, 2012

fLy to China... :'(

aip2... nie first night without my roommate, my classmate, and my best friend kat sini...
Nurul Izzati Azis don't forget me here.. :'( aq dah rindu ko weyh!! sorry pagi tadi...
aq x nanges gak.. :'( aq sngatlah mengantuk.... sebb wat lab fizik mlm semalam...:'(
even kita baru kenal 2 buln lebih, aq sedih ko dah tingglkn upm.. hmm... nanti kat
Beijing, hati2 k... jgn culture shock lak.. kuatkan iman eak... bangaon awal kat sane...
sape r nak kejot ko nanti eak? hehe.. bawak 5 jam loceng.. senng nk bngun.. hehe...
thanks sebb tingglkn makannn sume 2.. sabun,, hehe... n for the wish.. :'(
sedih aq bacenyer... :'( jgn lupe kenangn kite kat sini eak... balik sini x ckp kedah daa..
ckp cine dahh dye.. ekekkeke :D oke lah.. ngntuk sudahh.. hehe.. muaaahh2!! syg ko zati!!
mkn2 sikit dr bilik 405 utk zati... :)


surprise kek for her!! :D

just for you dear.. :)




Fly to cHina.. :)




Saturday, July 21, 2012

ramadhan dtg lagi.. :)

0lla.. salam ramadhan.. :) pejam celik pejam celik, dah masuk ramadhan dah ea...
cepat betul masa b'lalu.. rasa mcm baru jea masul uPm nie... :) huhu...
pagi tadi sakit perut ku dtg balik... -,-' huk2... terpaksa ponteng lab fizik....
kalau Jah pergi.. rasa akan menyusahkan kawan2 yg len jea.. bek Jah tinggl dlm bilik
sorng2... :'( huhu.... umm.. tadi gi pelncaran program ihya' ramadhan... kat surau orion
.. rase ramadhan tahun nie... macm x rase sngat r.. x tau ngape... maybe jauh n family
 kot..sangat2 rindu kat rumah!!! :'(( huk2... kalau x derk test,, dah lame dah balik rumah...
ngehh2.. waktu aq duk2 melayan perasaan tue,,, t'ingt nk nenok citer malay kt youtube..
tengok citer Aku Ada, Kau Ada.. shahezy sam n yana samsudin.. berlakon kat korea.. :D
oke r jugak cite tue.. hekhek.. :) petng tadi gi taman landskap!! mule r aq teruje nk tngkap
 pic yg ade bnyk2 bunge tu ken!!.. owsemm lah tempat tuh!! cantik!!... UPM,, kau di 
hatiku lah!! hhehehe...  sayang uPm... nanti dh kahwin,, nak tngkap pic kt upm r...
e'eh?? HAKHAK.. insyaAllah.. :) hihihi... ade jea org tngkap pic wedding kt sini.. :)
al-maklum r.. kaya dgn floranye.. kui2... :D.. oke r.. nie ade buah tngn dari taman
 landskap :)
 bunga taik ayam pon cantik ape.. :)
 merah itu garang :)
nie syahiirah.. :) putih seyh dye :)

 si gadis merah.. haha... dak bunga :D
 si gadis oren.. kuang3.. :p



k... thanks bace entry Jah.. ade ke org bace?? HAHA.. abaikan... k...
go0d night dn selamat b'amal.. Assalamualaikum... :)
Salam Ramadhan Dari Jah Buat Semua.... (^_^)

Wednesday, July 11, 2012

sweetnyer!!! :D

Olla.. aip2. dah lame x update blog :) heewww... nie dah lame dah jadi...
baru sekarng nk citer.. LOL.. busy sket eak.. huhu... ari2 ade kwn sekelas Jah,
Fazira nama diberi, kecil org nye.. hehe.. dye hilang phone , dye post r kt fB g5
(kuliah Jah) .. mcm nie > salam...klu ad jmpa tpon nokia wrna merah.. bgtaw aq ekh
...tpon biasa jak..xda kmera.. tq:))) :(((.. < Fazira nie budak sabah... huhu
nak tau x,,, budak2 lelaki kelas Jah kumpul duit ramai2, belikan dye handset samsung
colby!! terkejut gila bila budak2 laki wat g2... sweetkan dyeorg!! :D dyeorg wat surprise
kat Fazira :)
 

okeh.. 2 jea nak citer :) hehe... k lah.. sayang g5 :) wiieeeuuu 




jamuan perpisahan n miss azean.. :'( lecturer math kitorang.. dye pindah upnm...
sayonara miss... :') take care yukk!! :D


kek ni sodap!! ngee :D



Wednesday, July 4, 2012

Salam Nisfu Syaaban





Bulan Syaaban muncul lagi. Syaaban menandakan umat Islam semakin menghampiri Ramadhan. Marilah kita sama-sama merenung sejenak apakah pengertian Syaaban dan Malam nisfu Syaaban. Masih ramai umat Islam di luar sana keliru dan musykil tentang amalan-amalan yang sepatutnya dikerjakan pada bulan Syaaban, dan terutamanya pada malam kelima belasnya. Sebelum itu, marilah kita sama-sama mendalami dan mengenali sedikit sebanyak info tentang bulan Syaaban ini.
PENGERTIAN SYAABAN
Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab. Bulan Syaaban juga merupakan bulan yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, dan pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
Syaaban dimengertikan sebagai berpecah-pecah atau berpuak-puak. Dikatakan masyarakat Quraisy pada waktu itu berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Dan apabila datangnya Rasulullah S.A.W, baginda mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah S.A.W telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah S.A.W bertanya kepada sahabat-sahabatnya;
“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabatmenjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah S.A.W, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama)
MALAM NISFU SYAABAN
Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban. Maka, Nisfu Syaaban adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaabantahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai. Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:Rasulullah S.A.W telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda S.A.W dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda S.A.W berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dapat menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.” Baginda Rasulullah sendiri telah menggalakkan kita agar beramal pada malam kemuliaan nisfu syaaban dengan sabdanya :
Ertinya : “ Apabila tiba malam Nisfu Syaaban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya, ini kerana Allah swt (turun merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari ke langit dunia. Allah swt berfirman ” Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan, maka akan Ku ampunkannya. Adakah dari kalangan mereka yang memohon rezeki , maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala, maka akan Ku sejahterakannya. Adakah dari kalangan mereka yang begini dan adakah dari kalangan mereka yangt begini sehinggalah terbit Fajar “.
Setelah Baginda S.A.W selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.“Malam ini adalah malam Nisfu Syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah datang kepada hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kepada mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”
Hari nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Syaaban bermula pada 14 hb Syaaban sebaik sahaja masuk maghrib).
FADHILAT BULAN SYAABAN
Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
  • Memperbanyakkan puasa sunat
Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah S.A.W lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini. Begitulah tingginya pekerti Nabi Muhammad nabi junjungan kita.
Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
  • Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W.
Kita sebagai umat Islam juga digalakkan untuk memperbanyak doa, zikir, dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
  • Bertaubat
Kita juga digalakkan untuk melalukan taubat kepada Allah SWT. Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu." Sabda Nabi s.a.w. : Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi tauladan Nabi Allah Yusuf a.s.di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub a.s. dan Nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan di bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakaratulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huru-hara Mungkar dan Nakir, ditutup Allah keaipannya di hari kiamat dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhirKhamis daripada Syaaban, dimasukan dia ke dalam syurga. (dari kitab Al-Barakah). Berkata Siti Aisyah r.a., bulan yang lebih dikasihi oleh Rasululah s.a.w. ialah bulan Syaaban.
Sabda Nabi s.a.w.: Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani). Sabda Nabi s.a.w.: “Bahawa puasa Syaba'an kerana membesarkan Ramadhan. Siapa yang berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersalawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa maka di ampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu, diberkatikan rezeki baginya” antara lain sabdanya lagi:“Bahawa Allah Ta'ala membukakan pada bulan itu tiga ratus pintu rahmat”.
PERISTIWA PENTING DI BULAN SYAABAN
Mengenali bulan Syaaban tanpa mengetahui peristiwa penting yang berlaku di bulan Syaaban terasa tidak lengkap. Terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku sepanjang bulan Syaaban. Antaranya ialah malam Nisfu Syaaban, penukaran arah kiblat, dan peperangan bani Mustaliq.
SUMBER : hikmah.org.my

Tuesday, June 26, 2012

penat -,-'

hyep2.. nie saje nak luah perasaan... sejak senior2 semua cuti sem,,,bas dah kurang...
setiap setengah jam 1 bs... selalunye 15min ade 1 bas... huk2.. dak asasi daa r ramai...
susah lah kalau nk dpt bas 2... balik kul 4 tadi,, belambak org... last2 bas lmbt ngt,,,
jalan kaki balik kolej.. merentas lautan api bagai *chewah nmpok beno nipunyer.. hihi
balik2 sampai bilik.. Jah dah landing baik punyer kt katil.. hoho.. kakiku lenguh deyh..
bukan dekat.... dlm 3-5km.. ye kot.. aq x bape reti nak agok.. upm nie bapok luas...
U paling luas kt Malaysia... huhu.. okeh r. mals nk membebel.. nak wat math.. haaaa..
tadi cik Azean ckp, dye nak pindah upnm minggu ke 8.. huaa!!! gila sedih.. tetibe air
mate Jah keluar.. sedih lah.. dye ajar dah r best... senng jea kalau nk tnya... :'( paham lah
senang citer... huk2.. sedih :(.. oke r...  tata... #wave.. assalamualaikum (^_^)
mogok bas upm.. HAHA *just kidding :)

Sunday, June 24, 2012

girls outing!! :D

olla.. hyep2...!! semalam bahagia gila dpt jumpa kwn2 sek .. hihi.. rindu bangat seyh!!
kitorang keluar Mid Valley.. :) Aina , Acha , Fatin , Pkah n Tiqah ..even 6 org jea,
tapi memng seronok lah!! hope nanti leyh keluar n ramai lagi dak sek.. miss korng sume
 sngat2!! mula2 dak uia smpai dulu.. ye r.. dyeorg sejengkal jea ..dyeorg gi nenok wayang
 dulu, vampire ape ntah.. hihi...second Jah n Fatin smpai... x tau nak wat pea.. sebb 2 org
 2 dah nenok wayang, kami pon meronda2... hehe.. mase ngah duk lepak2 2, tetibe
dgr ade org jerit JAH!!! kuat2,,, mula2 buat x tau jea,, sebb,, x kan r ade org yg Jah
kenal kt sini.. memng buat gila r jerit time ramai2 org... tP org yg jerit 2 memng gila2..
Aina n Acha rupenye baru sampai. ngeng toii!!! haha.. seronok gila time nmpak dyeorg..
mula2 gi  beli tiket wayang ,  cite madagascar 3.. lawak seyh!! duk depan sekali! HAHA
ade lagi seorg misteri yg join kiteorg 2.. x dapat nk mention.. hakhak..sebb..
entah,, dye keluar n aina KOT,, pelik gak dak2 nieh.. haha,, mereka kawan je KOT
x per.. dye padan n aina same2 kecik.. ekekek :p lepas dah jalan2 2,, balik dlm kul 5
lebih... nek ktm teros gi serdang,, x de r jaoh ngt gi Mid dr Serdang, 20 minit nek ktm
tambng Rm1.50.. huhu... smpai2 bilik time maghrib.. lambt sebb tunggu bas upm,
sejam sekali lalu kt ktm serdang uh... ponat nunggu nyer.. dah r ngah saket perot time 2
berpeloh2 muke aq tahn sakit... huaaa!!! :'( nasib x nanges.. segan plak kalo nanges
nanti.. huhu...okeh. 2 jew nak cito... saje bosan2 week end nieh... nak balik mentekak
minggu depan!!!!! minta2 r kesampaian hasrat nk balik rumah.. rindu kt family..
huhu anak manjer.. werkkss!!! suke hati lah!! *dush2!! :p daaa... assalamualaikum :)
 just being a girls!
 after asar :)
 happy to hang out with you guys!! :)

 girls of upm
girls of uia
girls of uitm


Saturday, June 23, 2012

tired week !

0lLa... hyep.. dah lame x membebel kat sini.. hihi... dah lme x on lame2..
haaa.. harinie sume pakat on9 lepas test math.. act x habis lgi woih test!!
ade bI Isnin nie.. huhu,, tapi sume mcm dah lega jea leps math td.. hoho
habis jea math tadi cepat2 Jah balik kejor bas.. haha.. nk balik bsuh baju
yg bertimbun.. sikit2, lama2 jadi bukit!! amekkauu!! HAHA.. minggu test jea
ea.. sebb buzy seyh.. seharian duk kt pusat asasi tuh.. sebb test malm...
mls nak balik kolej... balik kolej pas test, kul 10 lebih baru smpai bilik, 10 mlm
ea.. mandi2, study, mane dan basuh baju...  alasan kea ape tu?? haha.. bio lah..
asalkan skunk dah siap basuh semua.. (Y)!! mula membasuh td kul 10.45-11.50
haha.. sejam 2 woih!!! terbaikk lah!! kalau tunggu esok,, kompom lah ampaian
penuh.. soo Jah x nak lah ade aksi tolak menolak baju Jah esok ea.. sape buat g2....
-,-' huhu... skunk musim euro weyh!!! Jah x dapat nenok... bukn x dpt.. mls nk turon
 bawah... haha.. Jah sokong sepanyol.. hihi chayok2 sepanyol!! hope awok menang!!
 hakhak... mse form 4 ingat lagi... semate2 nk nenok bola,,sanggup tido kt BSA sebb
 nk nenok bola tengah2 pagi...yg paling syok time final.. HAHA..sume pakat pakai
baju warna yg dye sokong.. Jah pakai baju oren sebb sokong spain..
 ehh,, spain kn menng yg b4 nieh? haha.. x slh Jah r.. spain.. hihi.. maaf kalau salah..
 hehe esoknye,, gi sek sume mule melepek jea dlm kelas.. ngntok nenok bola.. HAHA...
kawan2 Jah sume layan bola.. hihi.. giler.. korng memng syiokkk!!!! hihi
Jah sangat miss PETTA n friends!! wuoohhh!!! esok keluar Mid Valley!! n dak2
bilik n fatin :) yeahh!!!insyaAllah kalau x derk aral melintang,, boleh r jumpa tasha,aina,
syafikah n tiqah...dpt jumpa dyeorg2 pon x po lah.. Jah nk release tension leps test..
#konon je kan... haha petng tadi gi ladang sayur... buat batas nak tanam kangkung...
 x sempat pulak...sebb minx balik awal,,, sebb nk kejar mse, gi pusat asasi, test math r..
 terkejor2 tadi..gila penat.. tapi skunk rase fresh semacam!! haha... happy sket tinggl 1
 paper jea.. huhuokeh r.. panjang pulak entry kali nie ken.. ye r... happy semacam
 pulak hari nie.. haaa!!!baru ingat!!! Jah menng lah contez yg edit pic korea
 tuk JDRAMA & KDRAMA tuh..akk tuh hantar msj kt fB tadi.. bahagia kejup!!
 x decide lagi nk drama ape... dak2 nie kate drama rooftop prince.. oke.. biar
 Jah usha dulu eak.. dpt 3 free drama.. syiokk!! hihi thanks kepada semua yg
 like pic nie... sebb korng, Jah menang.. thanks!!!!!! <3 <3 <3

oke nk opp lah.. nantok.. sok nk kuo.. hehe... daa... Assalamualaikum

Saturday, June 9, 2012

sejak ........ :'(

hyep!! oLla.. hehe.. nie dekat butik kak siti, my cousin.. dekat sri serdang jea :)
dekat r dekat uPm.. hehe... jemput2 r datang Z&M BOUTIQUE ... hehe...
semalam amali sP, pergi taman herba.. :) seronok! gembur2 kan tanah2.. letk baja kompos..
aq semangat r buat sume 2.. sebb,, dulu selalu tolng abh kat kebun.. lama gila x gi kebun..
 :'( maaf abh... :( kawan aq cakp,, aq boleh r smbng degree sn pertaniaan nanti,, sebb
tengok aq berminta semacm jer.. HAHA.. entah r. x tau nk smbng ape nanti.. :( hm...
selumber jea budk laki men cacing semlam,, pegng n tangan.. erww!! meromang bulu
 roma aq.. geli!!

sihat2 cacing dye.. montel2 n panjang2.. HAHA..werkk2!! msk kari pon sodap! k.. muntah!
haaa... nak  cite tajuk utama entry nieh.. sejak masuk sini ken,,, Jah jadi pendiam... :(
seriusly,, ckp n sape2 yg rpt n Jah jea... x reti r nak bnyak2 mulut mcm dulu.. betul...
sape2 yg kenal Jah, mesti ckp,,, ye r 2... huhu x kesah r... x best lah jdi pendiam!!! rasa
diri ini sungguh membosankan! haha... n banyak ckp pula dgn family.. :) kalau dulu,
terbalikkat sek kecoh, kat rumah pendiam... wush!.. copat toi berubah... minggu leps
hari selasa abah, mak, abg syam k.nurul n k.nisa' dtg!! seronok!! ingt akk x dtg.. rupenye
 dye tipu dye kerja..songeil toi r.. huhu... seronok g jalan2!! dpt beli baju! dh lame x beli
baju.. hihi...abg syam n k.nisa' belnjer printer!! wallah!! boleh print,scan n copy.. wuuooh!!!
canggih dh zmn sekarng eak!! hehe thanks!! sungguh seronok!! :D
huhu..oke r.. x dok pe dah nk cerite.. bosan kan? huhu. :'( daa.. assalamualaikum